KETUA PANITIA

Wednesday, January 19, 2011

KOMSAS

1
KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS)
KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah
diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang
wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah
dijalankan secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid tingkatan satu dan tingkatan
empat. Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.
Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid, bermula daripada tingkatan satu hingga
tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Secara tidak
langsung, mulai 2010 teks KOMSAS yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu
bermula dengan Tingkatan 1 dan 4, pada tahun 2011 Tingkatan 2 dan 5, seterusnya pada
tahun 2012 Tingkatan 3. Penukaran teks KOMSAS yang baharu ini menekankan 3 dimensi
penting iaitu:
i. dimensi bahan – teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum
kebangsaan.
ii. dimensi guru – teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.
iii. dimensi murid – teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik
minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid.
Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema.
Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/sejarah, ICT/sains dan teknologi, jati diri/
kerohanian/moral, kemanusiaan/keamanan sejagat, perpaduan, kemasyarakatan/
kewarganegaraan, setiakawan/persahabatan, kekeluargaan, alam sekitar/pembangunan,
sukan/gaya hidup sihat/kesihatan, budaya ilmu, budaya saing, cinta dan kasih sayang,
perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/hak asasi,
kesenian, adat/ warisan, dan keselamatan, selaras dengan perubahan pendidikan negara.
Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan,
plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar
masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh
dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap
teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan
berkesan.
Latar Belakang
2
Jenis dan bilangan teks KOMSAS masih dikekalkan selaras dengan kehendak Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Enam waktu seminggu telah
diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan nisbah
empat waktu untuk Bahasa Malaysia dan dua waktu untuk KOMSAS. Berdasarkan Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam
bidang estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek
kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada
penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.
Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah
untuk membolehkan murid:
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional.
Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel,
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran.
Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
Sasterawan Negara dan penulis terkenal.
Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang
Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.
drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.
Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis dan
sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan
kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung murid
dapat memupuk tabiat minat membaca.
Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak dan
Objektif
3
Senarai Judul Teks Baharu
Berikut adalah judul teks yang telah ditetapkan bagi Tingkatan 1 :
BIL NOVEL ZON
1 Hikmah
(Mohd Faris Ikmal)
Zon 1
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
2 Sukar Membawa Tuah
(M.Z. Erlysha)
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Bukan Duniaku
(Aida Shahira)
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Istana Menanti
(Abd. Latip Talib)
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan
4
ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) TINGKATAN 1 (KASUT KELOPAK JANTUNG)
GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun Empat Kerat (Agama)
Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)
Pantun Empat Kerat (Teka-teki)
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
Sajak
Syair Kemangkatan Sultan SulaimanKian Kita Lupa
Lebah dan Madu
Hari Akhir Persekolahan
Jangan
Diari Lama
Prosa Tradisional
AsapTaju’l Muluk
Hikayat Marakarma
Cerpen
Budi Seorang Bapa AngkatKasut Kelopak Jantung
Tempang
Tukang Lama
Yuran
Trauma Embah
Drama
Sepucuk Surat daripada KawanSurat untuk Ina
Arah ke Mana
Mendung Hitam Beralih Jua
5
TINGKATAN 2
BIL NOVEL ZON
1 Erti Sebuah Pengorbanan
Zon 1
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
2 Wira Pesona Avatari
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Lestari Bukit Menghijau
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Di Sebalik Wajah
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan
6
ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) (GEMA SEPI GADIS GENIUS
)
GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
Pantun Agama
Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Perang Saudara di Pahang
Sajak
Syair Mendapat Gemala NagaPersahabatan
Hari Guru
Burung-burung Pagi
Ketenangan
Sajak Laut
Prosa Tradisional
Warkah Kepada GenerasiRaja Muda
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Inderaputera
Cerpen
Hikayat Anggun Cik TunggalAnak Penggunting Rambut
Cepa Rengat
Dendam
Maafku Pinta
Gema Sepi Gadis Genius
Drama
Warkah Daripada IbuHemodialisis
Inflakasta
Di Sini Bakti Bersemadi
7
TINGKATAN 4
BIL NOVEL ZON
1 Azfa Hanani
(Halis Azhan Mohd
Hanafiah)
Zon 1
Perlis
Kedah,
Pulau Pinang
Perak
2 Papa ... Akhirnya Kau
Tewas Jua
(Deana Yusof)
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Renyah
(Gunawan Mohamad)
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Melunas Rindu
(Hartini Hamzah)
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan
8
ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) TINGKATAN 4 (HARGA REMAJA)
GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Budi)
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
Syair Definsi Orang Berakal
Syair Siti Sianah
Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
Sajak
Seloka Emak Si RandangHarga Remaja
Di Perpustakaan
Mengintai Ruang Insaf
Mahsuri
Adat Sezaman
Prosa Tradisional
Tiba WaktunyaPelayaran Yang Penuh Peristiwa
Merah Silu
Hikayat Indera Nata
Cerpen
Hikayat Khoja MaimunIbu dan Ceper
Memori Seorang Tua
Israk
Pemain Catur
Mellisa
Drama
Biarkan SamuderaGelanggang Tuk Wali
Forum Remaja 2020
Cempaka Berdarah
9
TINGKATAN 5
BIL NOVEL ZON
1 Kembara Amira
Zon 1
Perlis
Kedah,
Pulau Pinang
Perak
2 Interlok
Zon 2
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Negeri Sembilan
3 Sutera Dalam Lukisan
Zon 3
Melaka
Pahang
Terengganu
Kelantan
4 Kabus Di Perbukitan
Zon 4
Johor
Sabah
Sarawak
Wilayah Persekutuan Labuan
10
ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
(KOMSAS) (DIRGAHAYU BAHASAKU
)
GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat
Pantun Lapan Kerat
Syair Makna Riak
Syair Pemberontakan Patani
Gurindam Tonggak Dua Belas
Sajak
Seloka Si LunchaiDirgahayu Bahasaku
Kecek (V)
Bangkitlah
Pasar Perasaan
Di Bawah Langit Yang Sama
Prosa Tradisional
Arkitek KotaHikayat Langlang Buana
Hikayat Siak
Dua Geliga Hikmat
Cerpen
Hikayat Daeng Upu MenambunPahlawan Buntung
Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong
Idola
Penanggungan
Hutan Rimba
Drama
Tanggar AmanatTiang Cengal Dinding Sayung
1400
Dato’ Onn
11
i) Tema
Tema ialah idea utama atau persoalan yang mengawal sesebuah, karya sama ada
disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu
yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan tunjang
kepada sesebuah karya. Tema yang ditulis akan menjadi panduan untuk memilih
bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah
karya tidak dapat dikesan sehingga selesai cerita itu dibaca. Apa yang terkandung di
sebalik sesebuah karya itu merupakan pokok persoalan atau tema. Tema itu lahir
melalui pengalaman, imaginasi dan konflik.
ii) Persoalan
Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak
diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah
karya.
iii) Plot
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya
yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani pelaku atau watak. Setiap
peristiwa dan gerak laku yang berlaku adalah berdasarkan kepada hukum sebab
dan akibat. Plot memaparkan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Aksi
yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama
lain. Kemungkinan besar plot yang disusun secara kronologi atau tidak kronologi.
Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa yang berlaku
dahulu akan didahulukan dan kemudian akan dikemudiankan. Sementara plot tidak
kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa
yang berlaku dahulu dikemudiankan.
iv) Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya
manusia, tetapi boleh juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan unsur
alam. Perwatakan pula ialah sifat-sifat luaran dan sifat-sifat dalaman yang positif dan
negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, tindakan, pemikiran dan
fizikal seseorang watak itu. Gambaran watak boleh disampaikan oleh pengarang
secara langsung dan tidak langsung melalui tutur kata, aksi atau cara berfikir watak.
ASPEK-ASPEK SASTERA
12
Watak terbahagi kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama
ialah watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesebuah cerita.
Sementara watak sampingan ialah watak yang menyokong watak utama untuk
melengkapkan cerita. Peranan watak sampingan lebih kecil daripada watak utama.
v) Latar
Latar
latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar masa ialah waktu atau tempoh
masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya pagi, tengah hari, senja, malam,
zaman pendudukan Jepun, zaman moden dan sebagainya.
latar tempat adalah tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya dalam rumah, di
Ipoh, dalam hutan dan sebagainya. Latar masyarakat adalah keadaan atau
gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat
kampung, masyarat bandar dan sebagainya.
ialah latar belakang bagi sesebuah cerita. Latar terbahagi kepada tiga iaitu
vi) Nilai
Nilai Kemanusiaan
Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam
sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan diamalkan
oleh manusia. Antara nilai-nilai baik itu ialah:
1. Nilai keadilan 2. Nilai kebijaksanaan
3. Nilai amanah 4. Nilai keberanian
5. Nilai bertanggungjawab 6. Nilai berbudi bahasa
7. Nilai berdikari 8. Nilai merendah diri
9. Nilai ketabahan 10. Nilai merendah diri
11. Nilai keinsafan 12. Nilai nasihat-menasihati
13. Nilai kejujuran 14. Nilai patriotik
15. Nilai kesederhanaan 16. Nilai kerajinan
17. Nilai mengenang budi 18. Nilai kesabaran
19. Nilai bertolak ansur 20. Nilai simpati/belas kasihan
21. Nilai hormat-menghormati 22. Nilai bekerjasama/tolong-menolong
23. Nilai ketaatan 24. Nilai keyakinan
Nilai Kemasyarakatan
Nilai kemasyarakatan ialah nilai yang baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki,
dihayati dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai kemasyarakatan
merangkumi nilai yang tersenarai di atas. Sementara nilai-nilai negatif misalnya
masyarakat yang suka menyebarkan fitnah, masyarakat yang tidak taat kepada
perintah Allah dan sebagainya.
13
vii) Pengajaran
Pengajaran ialah amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui
karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan untuk menghayati konsep yang
baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pengajaran juga dikenali
sebagai mesej, amanat dan nilai moral. Dalam hal ini pengarang mempunyai
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Karya yang baik seharusnya
menyampaikan pengajaran, mesej dan amanat kepada pembaca.
viii) Gaya Bahasa
Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur
bahasa dalam sesebuah karya tercipta daripada beberapa unsur contohnya gaya
bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, penggunaan diksi, struktur ayat
dan gaya bahasa yang mengandungi nilai estetika atau keindahan yang mampu
menarik minat pembaca. Gaya bahasa perbandingan adalah seperti simile,
personifikasi, metafora, peribahasa, simpulan bahasa dan hiperbola. Gaya bahasa
simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan
menggunakan perkataan-perkataan seperti bak, bagai, umpama, ibarat, dan seperti.
Contohnya
maksud manusia atau unsur perorangan kepada sesuatu objek atau perkara.
Contoh, daun kelapa
gaya bahasa perbandingan yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak
misalnya
sesuatu secara berlebih-lebihan. Misalnya
dipedulikan.
Unsur bunyi ialah aliterasi dan asonansi. Aliterasi ialah pengulangan huruf
konsonan, iaitu huruf-huruf selain huruf-huruf vokal. Contohnya puisi Pasar
Perasaan tulisan T. Alias Taib:
konsonan n. Asonansi ialah pengulangan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u.
Contohnya, berdasarkan puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib:
ker
bagai ranting kering. Gaya bahasa personifikasi bermaksud memberikanmelambai-lambai di tiup angin. Metafora merupakan sejenislaut kasih. Gaya bahasa hiperbola pula bermaksud membandingkanmarahnya berapi-api bila panggilan tidakyang diriuhkan kekosongan – pengulanganbagai rantinging – pengulangan vokal i

No comments:

Post a Comment

Post a Comment